Grafik Kad manakah yang sesuai untuk “Gaming?”

Daripada pembacaan dan pemerhatian di group MPCG dan PCGCM, masih terdapat banyak lagi “misconception” sekitar “gamer” di Malaysia.
Minda mereka telah di set bahawa untuk bermain game pada tetapan high atau ultra memerlukan kad grafik yang berkuasa seperti AMD R9 290X atau NVIDIA GTX 780Ti.

Perlukah kita untuk gunakan kad seperti di atas? Mari kita bincangkan. Pertama sekali anda mestilah lihat pada keadaan anda, adakah anda bermain mengunakan sehingga 3 monitor? Adakah anda menggunakan TV sebesar 40inch? Atau adakah anda bermain pada resolusi 4K?

Ini adalah faktor utama yang anda perlu ingat dan terapkan. Memilih kad grafik yang ideal sebenarnya bukan begitu rumit, dengan info dan input yang kita ada, kita dapat mencari kad grafik yang amat sesuai dan tidak membazir.

Prestasi vs Resolusi.

Kenal pasti jenis monitor anda dan resolusi, yang selalu digunakan adalah resolusi 1366×768 (768p) dan 1920×1080(1080p). Dari sini kita sudah mempunyai satu input yang sangat bagus, mengikut ulas lanjut yang sangat mudah kita perolehi di laman sesawang kita sudah boleh dapat mencari kad grafik yang sesuai. Jangan lupa, adakah monitor anda mempunya kadar kitar melebihi 60hz? Ini juga salah satu faktor yang penting. Jika monitor anda hanyalah 768p atau 1080p dan menyokong hanya 60hz kadar kitar berikut adalah contoh kad grafik yang amat sesuai sekali.

AMD R7 265
AMD

NVIDIA GTX 750TI
750ti

Kenapa dua kad grafik ini sudah mencukupi? AMD R7 265 adalah kad yang menggunakan chip sama seperti AMD HD 7850 tetapi di overlock dan NVIDIA GTX 750Ti pula adalah kad yang menggunakan teknologi terbaru daripada NVIDIA iaitu Maxwell yang memberikan prestasi yang sangat memberansangkan dari prestasi vs penggunaan arus elektrik.
Terdapat pelbagai ulas lanjut yang boleh kita dapati di internet, tapi di lab Pokde.net kami telah mengesahkan bahawa R7 265 dan 750TI lancar bermain multiplayer BF4 pada high setting dan V-sync di buka.
Nota : Amat penting untuk buka v-sync pada permainan FPS yang di main pada monitor 60hz untuk mengelakkan screen tearing.

Selain itu pula DOTA2, sekali lagi lab Pokde.net mengesahkan jumlah fps yang mereka dapat adalah stabil pada statik 120 fps pada tetapan yang paling tinggi.

Kad Grafik VS Monitor.

Jika anda menggunakan tetapan multi monitor, kad grafik AMD R7 265 dan NVIDIA 750TI amat tidak sesuai untuk tugas seperti ini, permainan video yang dimain pada tetapan multi monitor memerlukan kad grafik yang berkuasa tinggi dan juga jumlah memori yang mencukupi. Di sini baru lah anda dicadangkan untuk menggunakan kad grafik yang lebih berkuasa.

AMD R9 290X
e9

NVIDIA GTX 780TI

Kad di atas sangat dicadangkan kerana tetapan multi monitor amat dahagakan jumlah memori VRAM dam tidak lupa chip yang mempunyai lebih kuasa dapat membantu untuk meningkatkan prestasi.

Bagaimana jika anda bermain pada resolusi 4K? Kedua-dua AMD R9 290X dan NVIDIA 780TI sudah mencukupi.

Maka bertindaklah dengan cermat, pilih kad grafik yang sesuai dengan anda dan simpan lebihan bajet (jika ada) untuk membeli perkakasan yang lain seperti SSD, RAM, papan kekunci mekanikal atau gaming mouse. #belanjacermatpchebat


One comment


Leave a comment