GTX 960 : Kad Grafik Anda Yang Ideal?

Bila lihat di facebook, terutama sekali jika ada kawan-kawan yang berminat dengan hobi perkomputeran, lebih-lebih lagi apa bila di dalam satu group facebook, mesti meriah bercerita mengenai dengan kad terbaru Nvidia GTX 960.

Setakat ini harga pasarang yang saya tahu daripada jenama GALAX, mengikut variasi RM849 dan RM899. Harga yang sama dengan Sapphire R8 285. Prestasi pula bagaimana? Banyak laman sesawang yang telah mengeluarkan ulas lanjut mengenai kad ini, daripada pemerhatian saya, hampir semua laman sesawang menyatakan GTX 960 ini di antara AMD R9 270X dan R9 285, dan GTX 670 dan GTX 760. Perbezaan boleh dikatakan amat sedikit, tetapi yang membezakanya adalah daripada penggunaan kuasa.
te2
Perbezaan penggunakan kuasa, adakah banyak? Rujuk pada pautan daripada laman sesawang Guru3D, perbezaan GTX 960 dan R9 285 adalah sebanyak 69Watt, 188 (R9 285) dan 119 (GTX 960). Berapa banyakkah 60watt tersebut, sebuah lampu kalimantang menggunakan 40watt, adakah anda kisah dengan lampu rumah anda yang boleh dikatakan sentiasa dibuka hampir 15 jam? Jika tidak maka perbezaan watt adalah sangat tidak memberi impak.

te

Hm.. Munkin perbezaan sebanyak 69 watt ini memberi impak yang sangat besar. Mari kita bincangkan, perbezaan penggunakan satu sistem yang menggunakan R9 285 dan GTX 960 dari segi bil elektrik.
Kita ambil spesifikasi seperti gambar rajah di bawah dengan pengiraan kuasa load pada 100% selepas itu kita dapatkan jumlah purata kuasa daripada 10% sehingga 100%.

PC

Gambar di atas adalah hanya sebuah unit pemproses dengan 4 batang RAM, maka kita tambahkan dengan kad grafik, maka sistem yang menggunakan R9 285 adalah 135 + 188 = 323 watt dan 135 + 119 = 254 watt untuk sistem yang menggunakan GTX 960.
Purata untuk R9 285 adalah 178 watt dan untuk GTX 960 adalah 140 watt. Mengikut tariff terbaru TNB iaitu :
tariff

Kegunaan harian kita letakkan secara teori sebanyak 10 jam, pengiraan yang dikira adalah daripada harian, bulanan dan tahunan. Adakah banyak perbezaanya?

Ini adalah pengiraan untuk R9 285
285

Ini adalah pengiraan untuk GTX 960
960c

Perbezaan bulanan adalah sekitar RM6, tahunan adalah RM 70.

Kesimpulanya, adakah berbaloi untuk menaik taraf kad grafik anda yang sedia ada? Ya! Jika anda menggunakan kad yang rendah seperti AMD R9 260X kebawah dan GTX 750 (bukan Ti) kebawah.

Tetapi jika anda menggunakan kad yang lama seperti HD 7870, HD 7870XT, GTX 760 dan GTX 670. Adalah tidak berbaloi untuk naik taraf. Kenapa? Tiada perbezaan dari segi prestasi tetapi perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli kad baru semata-mata hendak jimat sekitar RM70 setahun.

Dan paling penting sekali, AMD juga telah merancang untuk mengeluarkan kad terbaru dengan kod nama “Trinidad” mengantikan siri R9 27X pada masa terdekat.

Pada cadangan komputer yang terbaru, saya akan menggantikan R9 285 kepada GTX 960, tetapi kemunkinan akan berubah jika AMD “Trinidad” memberi jaminan yang lebih baik.

GTX 960 adalah kad yang sangat ideal untuk sistem komputer yang baru, tetapi jika untuk naik taraf, mesti lihat pada kad anda yang sekarang dan buat pengiraan adakah berbaloi? Semua terletak pada dompet dan nafsu anda jika tidak menggunakan otak.

Simpanan wang atau simpanan perkakasan?

Sudah lama tidak kemas kini blog, agak sibuk dengan kerja dan fokus ada Pokde.net. Mari kita sembang sedikit mengenai perkara di atas.Tradisi membeli perkakasan komputer satu per satu sehingga lengkap, adakah ianya berbaloi?

Berapa ramai pambaca artikel ini yang beli perkakasa satu persatu sehingga selesai? Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk melengkapkan satu sistem? Adakah berbaloi bagi anda? Bagi saya ianya sangat merugikan wang poket anda.

Kenapa rugi, begini, bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM200 setiap bulan, pada bulan ketiga anda dapat RM600, sudah mencukupi beli Nvidia GTX 750Ti atau AMD R9 265. Perlukah anda beli? Tidak sama sekali, ini kerana perkakasan pertama anda beli adalah kad grafik memerlukan masa 3 bulan untuk beli.

Tahukah anda setiap tahun Nvidia atau AMD akan memperkenalkan teknologi yang terkini? Jika anda membeli kad grafik tersebut dan simpan selama 1 tahun, saya yakin dalam masa satu tahun Nvidia/AMD akan membuat potongan harga, munkin dari RM600 ke RM500.

Bukan kad grafik sahaja, semua perkakasan juga sama, seperti SSD, pada awal tahun 2014, SSD yang saiz 128GB berharga RM355 secara purata, kini? RM299 secara purata, berbaloikah anda beli dan simpan setahun?

Hm.. Apa lagi ya selain GPU dan SSD? RAM sudah semestinya, DDR4 sudah mula tembusi pasaran, DDR3 akan lebih stabil dah murah sehingga DDR4 sudah sebati dengan pasaran.

Tidak lupa juga pada CPU, lebih-lebih lagi AMD, paling suka potong harga, andai kata anda beli awal tahun CPU AMD pada harga RM700 dan simpan, selepas beberapa bulan harga jatuh sehingga RM569.

Berbaloi? Bukan setakat harga sahaja yang menjadi faktor rugi, tapi waranti perkakasan tersebut. Jika anda membeli dan simpan satu tahun, anda sudah rugi 1 tahun jaminan waranti. Mari kita bandingkan harga satu sistem komputer berdasarkan harga pada tahun Februari dan October.

perbezaan

Jumlah perbezaan adalah RM211. Wow dengan RM 211 sudah boleh beli cooler untuk sistem ini. Selepas membaca artikel ringkas ini, adakah berbaloi bagi anda membeli perkakasan sedikit demi sedikit yang bukan hanya merugikan, tetapi membuang jaminan waranti perkakasan anda.

Grafik Kad manakah yang sesuai untuk “Gaming?”

Daripada pembacaan dan pemerhatian di group MPCG dan PCGCM, masih terdapat banyak lagi “misconception” sekitar “gamer” di Malaysia.
Minda mereka telah di set bahawa untuk bermain game pada tetapan high atau ultra memerlukan kad grafik yang berkuasa seperti AMD R9 290X atau NVIDIA GTX 780Ti.

Perlukah kita untuk gunakan kad seperti di atas? Mari kita bincangkan. Pertama sekali anda mestilah lihat pada keadaan anda, adakah anda bermain mengunakan sehingga 3 monitor? Adakah anda menggunakan TV sebesar 40inch? Atau adakah anda bermain pada resolusi 4K?

Ini adalah faktor utama yang anda perlu ingat dan terapkan. Memilih kad grafik yang ideal sebenarnya bukan begitu rumit, dengan info dan input yang kita ada, kita dapat mencari kad grafik yang amat sesuai dan tidak membazir.

Prestasi vs Resolusi.

Kenal pasti jenis monitor anda dan resolusi, yang selalu digunakan adalah resolusi 1366×768 (768p) dan 1920×1080(1080p). Dari sini kita sudah mempunyai satu input yang sangat bagus, mengikut ulas lanjut yang sangat mudah kita perolehi di laman sesawang kita sudah boleh dapat mencari kad grafik yang sesuai. Jangan lupa, adakah monitor anda mempunya kadar kitar melebihi 60hz? Ini juga salah satu faktor yang penting. Jika monitor anda hanyalah 768p atau 1080p dan menyokong hanya 60hz kadar kitar berikut adalah contoh kad grafik yang amat sesuai sekali.

AMD R7 265
AMD

NVIDIA GTX 750TI
750ti

Kenapa dua kad grafik ini sudah mencukupi? AMD R7 265 adalah kad yang menggunakan chip sama seperti AMD HD 7850 tetapi di overlock dan NVIDIA GTX 750Ti pula adalah kad yang menggunakan teknologi terbaru daripada NVIDIA iaitu Maxwell yang memberikan prestasi yang sangat memberansangkan dari prestasi vs penggunaan arus elektrik.
Terdapat pelbagai ulas lanjut yang boleh kita dapati di internet, tapi di lab Pokde.net kami telah mengesahkan bahawa R7 265 dan 750TI lancar bermain multiplayer BF4 pada high setting dan V-sync di buka.
Nota : Amat penting untuk buka v-sync pada permainan FPS yang di main pada monitor 60hz untuk mengelakkan screen tearing.

Selain itu pula DOTA2, sekali lagi lab Pokde.net mengesahkan jumlah fps yang mereka dapat adalah stabil pada statik 120 fps pada tetapan yang paling tinggi.

Kad Grafik VS Monitor.

Jika anda menggunakan tetapan multi monitor, kad grafik AMD R7 265 dan NVIDIA 750TI amat tidak sesuai untuk tugas seperti ini, permainan video yang dimain pada tetapan multi monitor memerlukan kad grafik yang berkuasa tinggi dan juga jumlah memori yang mencukupi. Di sini baru lah anda dicadangkan untuk menggunakan kad grafik yang lebih berkuasa.

AMD R9 290X
e9

NVIDIA GTX 780TI

Kad di atas sangat dicadangkan kerana tetapan multi monitor amat dahagakan jumlah memori VRAM dam tidak lupa chip yang mempunyai lebih kuasa dapat membantu untuk meningkatkan prestasi.

Bagaimana jika anda bermain pada resolusi 4K? Kedua-dua AMD R9 290X dan NVIDIA 780TI sudah mencukupi.

Maka bertindaklah dengan cermat, pilih kad grafik yang sesuai dengan anda dan simpan lebihan bajet (jika ada) untuk membeli perkakasan yang lain seperti SSD, RAM, papan kekunci mekanikal atau gaming mouse. #belanjacermatpchebat

AMD dah berumur 45 tahun.

Ditubuhkan pada 1 Mei 1969 dan pada tahun ini AMD telah berumur 45 tahun, munkin rasa tua tapi masih muda. Pelbagai produk yang telah AMD keluarkan, daripada permulaan dengan unit pemproses klok yang dilesenkan daripada Intel, dan kelahiran kejuruteraan K5 mereka sendiri sehingga pada zaman kegemilangan AMD pada K8 yang mengalahkan kebanyakan unit pemproses Intel yang mahal pada masa itu.

AMD ditubuhkan di pusat fasiliti pertama mereka di Sunnyvale dengan krew awal yang membentuk AMD yang berasal dari Fairchild Semiconductor, termasuk Jerry Sanders III, Ed Turney, John Carey, Sven Simonsen, Jack Gifford and three members from Gifford’s team, Frank Botte, Jim Giles, and Larry Stenger.

 

 

Semasa zaman K8 yang membuat Intel tergugat dan menjadi persaingan yang ketat selama berdekad, kini AMD tidak lagi bersaing dengan Intel tetapi dengan lebih banyak lagi persaing. Apa yang AMD miliki sekarang? AMD kini fokus platform APU terbaru mereka yang lebih kepada ciri-ciri baru seperti HSA dan Mantle membolehkan peningkatan prestasi secara maksima.

AMD juga mengharap dengan rancangan transformasi mereka yang baru ini dapat membantu mereka supaya dapat menjadi satu syarikat yang lebih memberikan kepuasan kepada bakal pengguna

AMD perkenalkan generasi ketiga APU, Beema dan Mullins

AMD telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu APU Beema dan Mullins, platform ini adalah dariapda generasi ketiga APU mereka yang mengabungkan pelbagai ciri-ciri yang terbaru daripada prestasi sehingga ke pengalaman pengguna.

Beema dan Mullins masing-masing menggunakan kejuruteraan terbaru iaitu teras PUMA+ yang memuatkan sehingga 4 teras pada satu cip SoC mereka. Bukan itu sahaja mereka juga sudah menaik taraf grafik kepada teras GCN yang lebih pantas dan efisien daripada generasi dahulu. Apabila berbicara mengenai teknologi baru sudah semestinya APU ini menyokong keistimewaan HSA dan Mantle. Bukan itu sahaja AMD juga memasukkan teras ARM Cortex A5 pada cip APU terbaru ini, untuk apa? Ini adalah ciri keselamatan data peringkat perkakasan yang ditawarkan pada kejuruteraan ARM.

Ciri lain  yang ditawarkan adalah seperti peningkatan sehingga 100% prestasi grafik dan pengurangan penggunaan kuasa sehingga 20% berbanding dengan generasi yang dahulu (kabini), selain itu generasi ketiga APU ini juga menyokong kelajuan RAM sehingga 1866Mhz ini adalah satu kelebihan pada platform APU yang boleh meningkatkan lagi prestasi grafik sepeti kita tahu platform APU memerlukan frekuensi yang lebih laju untuk memberikan lebih prestasi.

Kalau dibandingkan dengan platform Intel, APU ini menawarkan 50% lebih prestasi dari segi grafik dan 7 kali ganda dari prestasi perkomputeran berbanding dengan Intel Pentium (Haswell). Selain itu jika dibandingkan dengan Intel Pentium (Bay Trail M), APU lebih laju dengan 3 kali ganda prestasi grafik dan 35% prestasi keseluruhan.

Pada platform low end pula, APU generasi ketiga ini menawarkan prestasi grafik 2 kali ganda daripada generasi dahulu (temash) yang juga lebih bagus daripada prestasi grafik chip Intel Core i3 dan 3 kali ganda prestasi perkomputeran berbanding dengan Intel Atom Z3770. Agak menarik bukan?

Mari kita lihat apa lagi yang APU terbaru ini tawarkan, dari segi perisian AMD APU generasi ketiga ini menawarkan pelbagai ciri terbaru seperti AMD Gesture Control, AMD Face Login, perisian Bluestack dengan langganan premium, AMD Quick Stream Technology, AMD Perfect Picture, AMD Steady Video dan ARM TrustZone ecosystem.

 

Mahukan info lebih infografik? Jangan risau, tonton sahaja video di bawah ini  :

Undervolt Intel Xeon E3 1230V3

Anda tahu undervolt? Undervolt adalah satu perkara yang anda kena tahu apabila overclocking lebih rendah voltan pada CPU core. lebih rendah penggunaan kuasa dan pengeluaran suhu yang dihasilkan. Kenapa saya undervolt unit pemproses saya? Ini kerana Intel Xeon E3 1230V3 adalah unit pemproses yang tidak boleh menaikkan frekuensi, maka hanya voltan sahaja yang boleh kita usik untuk mengoptimasikan komputer kita supaya lebih efisien.

Apakah kelebihan undervolt unit pemproses? Pengurangan penggunaan kuasa elektrik adalah satu yang utama, selain itu suhu yang dihasilkan juga akan berturun, apabila suhu unit pemproses turun, sekali gus dapat membantu dalam jangka hayat unit pemproses tersebut. Jika anda undervolt unit pemproses pada laptop dan telefon(Android) anda juga dapat meningkatkan lagi jangka hayat penggunaan bateri gajet anda,

Keburukan pula? Setakat ini tiada lagi saya dapati keburukan undervolt kerana ianya adalah benda yang amat bagus dipraktikan.

Intel Xeon E3 1230V3
Unit pemproses dengan kelajuan 3.3Ghz dan 3.7Ghz semasa Turbo Clock  juga mempunyai 4 core dan 8 thread maka akan nampak 8 core di dalam task manager. Daripada kejuruteraan Haswell yang meletakkan iVR (regulasi voltan berintergrasi) di dalam chip tersebut untuk bertujuan lebih keberkesanan dari pengunaan elektrik. Jika hendak dibandikan dengan siri core i, Xeon E3 1230V3 ini sama seperti dengan i7 4770 tanpa grafik intergrasi(HD 4600). Secara asas voltan core di unit pemproses ini adalah 1.0V dan anda mula tertanya, kalau boleh digunakan pada jumlah voltan yang lebih rendah, kenapa Intel menggunakan 1.0V? Ini kerana pasaran untuk Xeon adalah lebih kepada OEM seperti workstation HP. Intel tidak mahu sebarang masalah pemasangan dan penggunaan maka 1.0V adalah yang sesuai dijamin dari segi suhu dan kestabilan.

Okay kita mulakan dengan perkakasan yang kita gunakan.

Unit pemproses : Intel Xeon E3 1230V3 3.3Ghz
Sistem penyejuk: Spire Gemini
Papan induk: ASUS H87-PLUS socket 1150
RAM : 4x 4GB Corsair Vengence LP 1600Mhz
SSD : Corsair LS 120GB
PSU : Corsair TX650 V2
OS : Windows 8.1

Perisian digunakan :
Linpack LinX 0.6.5
CPUZ
RealTemp 3.70

 

 

 

Okay pada antaramuka BIOS, biarkan yang lain secara default dan terus pergi ke tab Ai Tweaker dengan mudah tekan F7 dan pilih Advanced Mode.
Pada gambar di atas hanya menu Ai Overclocker Tuner sahaja yang ditukar kepada XMP. Ini bertujuan untuk membenarkan RAM anda untuk beroperasi pada kelajuan yang betul.

Scroll ke bawah menggunakan tetikus kita akan nampak pula pusat kawalan voltan CPU dan RAM, di sini anda lihat voltan adalah 0.975V (1.010V di CPUZ) dan ini lah jumlah voltan yang perlu kita ubah untuk undervolt.

 

Pada menu CPU Core Voltage jika kita tekan enter atau klik, ianya akan memberikan tiga pilihan iaitu Auto, Manual dan Offset Mode. Kita akan menggunakan Offset Mode kerana ianya lebih mudah kepada pengguna baru.

Pada Offset Mode Sign pilih mode – (negatif). Okat kita sudah bersedia, untuk menurunkan jumlah voltan kita hanya perlu tekan +(positif) pada CPU Core Voltage. Setiap satu klik + punyai nilai sebanyak 0.001V. Selepas pilih nilai yang sesuai, tekan F10, simpan dan mula semua komputer anda.

 

Berikut adalah keputusan daripada ujian yang dijalankan.

1

2

3

 

 

Kesimpulan
Keputusan ujian yang dilakukan amatlah memberangsangkan, suhu maksima daripada 79 turun sehingga 63, penurunan suhu yang lebih dari 10celciu adalah amat bagus. Jika anda menggunakan Intel Core i3, anda juga boleh melakukan undervolt, banyak kelebihan yang diperolehi dan asas untuk overclocking juga bertambah. Sayangnya saya tiada Watt-a-Meter untuk menguji berapa jumlah watt yang dapat dijimatkan, jika ada saya pasti entri ini lebih menarik.

Teori AMD vs Intel 2014

Jika kita lihat dalam group komputer di Malaysia, masih tidak habis-habis lagi peperangan antara dua fanboy. Apa yang mereka inginkan? Maka di sini saya buatkan satu kajian teori, AMD vs Intel. Mana kan yang lebih Berbaloi.
Laporan ringkas sebanyak 12 muka surat ini boleh kita jadikan sebagai pedoman dan sedikit pembelajaran ringkas.

Muat turun : Teori AMD vs Intel

 

 

Battlefield 4 pada laptop, adakah GPU laptop anda mampu?

Ramai post saya baca di dalam group facebook, laptop saya ini boleh main BF4? Spesifikasi ini larat untuk BF4? Memang susah hendak jawab soalan-soalan yang macam ini, sebab jika kita lihat pada review di internet, rata-rata semua benchmark banyak pada grafik kad desktop, susah nak mencari untuk GPU laptop.

Maka hari ini saya luangkan sedikit masa dengan membuat kajian ringkas mengenai BF4 pada GPU laptop, mana yang sesuai dan yang tidak. Gambar di bawah ini boleh dijadikan sebagai panduan ringkas untuk anda. Gambar di bawah juga menunjukkan prestasi GPU laptop pada tetapan resolusi 1366×768, Medium dan semestinya tutup Anti Aliasing (AA) dan FPS purata. Maka jika nilai FPS lebih daripada 25, maka ianya sesuai untuk single player, jika tukar tetapan ke LOW munkin boleh naik FPS dalam 5-15 mengikut keadaan GPU. Jika untuk Multiplayer pula atas 45 purata FPS boleh dikatakan yang minimum.

Seperti kita tahu, permainan BF4 ini memang intensif perkakasan komputer sebaik-baik CPU, GPU dan RAM. Jika RAM laptop tu 4GB  tidak cukup, tambah lagi 4GB jadikan 8GB.
Untuk membaca dengan lebih jelas, muat turun format PDF disini : MOBILE GPU BF4 BENCH (sila laporkan pada saya jika pautan tidak boleh dipaut)

NOTA : Jika tiada GPU laptop anda disini, bermaksud ianya tidak boleh main BF4 atau tiada benchmark yang saya jumpa. Kebanyakan GPU laptop diperkenalkan semula (rebrand), maka jika anda menggunkan Nvidia GT 620m ianya adalah sama dengan 520M. Maka semak jika GPU anda ada yang model rebrand. Nvidia atau AMD, sama sahaja, AMD HD 8970M sama 100% dengan AMD HD 7970M, cuma 8970M dinaikan nilai frekuensi sebanyak 50MHz.

MPU

Kategori PC anda, di manakah PC anda yang sekarang ini berada dan bakal PC baru anda?

Pelbagai kategori komputer yang boleh kita bahagikan, daripada untuk kegunaan harian sehingga untuk kerja-kerja yang berat seperti video editing dan 3D.

Di manakah kategori komputer anda, adakah setakat ini anda puas dengan apa yang anda gunakan setiap hari? Apakah perancangan untuk masa akan datang?
Gambar di bawah merujuk kepada kategori setiap unit komputer, pada setiap kategori dijelaskan, apakah perkakasan yang digunakan, apa yang sesuai supaya dapat menepati bajet anda.

Pada gambar di bawah saya hanya menggunakan perkakasan daripada generasi yang terbaru sahaja, seiring dengan pasaran di Malaysia kini.

(nota : ini hanyalah atas pendapat saya, sebarang cadangan boleh komen di ruang yang disediakan di bawah)

Muat turun versi PDF di sini : Mediafire

FireShot Screen Capture #168 - 'Untitled-1_png (PNG Image, 7585 × 3862 pixels) - Scaled (25%)' - _C__Users_firdw_000_Desktop_Untitled-1